S M K I N I H O N G O
Resipi Takoyaki
Sabtu, 19 Januari 2013 • 8:44 PG • 0 comments

W0r4oozzkodviz8xl9vq01h0cn0kchhu_large


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 250g tepung takoyaki
  • 1 biji telur
  • 750ml air
  • filet ketam dihiris nipis (atau apa saja mengikut selera)
  • kobis (dicincang halus)
  • secubit garam
  • kicap unagi @ kicap sushi

Cara-cara

  1.  bancuh tepung dengan air
  2.  pukul telur dan masukkan kedalam bancuhan tepung tadi,dan kacau lagi sehingga rata dan diletakkan secubit garam
  3. tapis bancuhan tepung diatas supaya bacuhan tidak berketul-ketul.
  4. panaskan acuan kuih cara dengan api yang perlahan,letak sedikit minyak didalam acuan supaya nanti kuih tidak melekat.
  5. tuang tepung tadi kedalam acuan sehingga penuh.dengan cepat,masukkan filet ketam dan kobis.
  6.  selepas itu,tuangkan sedikit lagi bancuhan tepung tadi keatas acuan tadi,bila bancuhan hampir masak sedikit,pusing2kan takoyaki perlahan-lahan untuk mendapatkan bentuk yang bulat (guna sudu kecil)
  7. letakkan sedikit minyak ditepi-tepi lubang acuan supaya takoyaki masak dengan cantik
  8. setelah masak,angkat dan sapukan dengan kicap unagi dan mayonis.

Label: , ,


Resepi Dorayaki
• 8:14 PG • 2 comments

Tumblr_m6dghajwnc1qmz43co1_1280_large


Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100gm tepung kek atau tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 60gm gula halus
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • ½ sudu besar minyak masak
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • Inti:1½ cawan kacang merah yg manis

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
  4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
  5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
  6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.
  7.  Bagi yg tinggal kat Jepun, boleh guna sup kacang merah ini, tambah sedikit tepung gandum dan panaskan untuk memekatkan nya. 3pkt x 180gm cukup untuk 10 biji.

Label: , , ,



PAST
lovelies
We are from SMK Ibrahim. Please leave your footstep on our message board. Follow us and we will follow you back
MESSAGE BOARD


BLOG ARCHIVE;

  • ORIGAMI KAPPA
  • ORIGAMI T SHIRT
  • ORIGAMI FISH
  • ORIGAMI RABBIT
  • FRUIT IN JAPANESE
  • ASAKUSA KANNON TEMPLE (SENSOJI)
  • HIROSHIMA
  • GIFU UNIVERSITY
  • SCHOOL LIFE
  • THE TRADITIONAL JAPANESE WEDDING ATTIRE